Pernyataan Privasi Pengambilan Pekerja Kumpulan Telstra
Pernyataan ini juga disediakan dalam
Bahasa Indonesia, Bahasa Perancis dan
Bahasa Jerman.
Ini ialah pernyataan privasi kami yang menetapkan bagaimana Telstra Corporation Limited dan badan-badan korporatnya yang berkaitan (secara kolektif dirujuk sebagai "
Telstra") bersama-sama mengurus maklumat peribadi anda, termasuk maklumat peribadi sensitif (bersama dirujuk sebagai "
maklumat peribadi"), untuk tujuan perekrutan atau kerjaya lain. Sekiranya anda kemudian diambil bekerja atau dilantik (secara langsung atau tidak langsung) oleh Telstra
Pernyataan Privasi Pekerja dan Kontraktor Kumpulan Telstra kami akan terpakai. Sebelum meneruskan, sila baca dengan teliti perkara di bawah.
Penyataan privasi ini menerangkan
kategori maklumat peribadi yang kami boleh proses,
cara maklumat peribadi anda boleh diproses dan bagaimana privasi anda
dilindungi sepanjang hubungan kami dengan anda. Ini bertujuan untuk mematuhi kewajipan kami untuk memberi anda maklumat tentang pemprosesan maklumat peribadi anda oleh Telstra di bawah undang-undang privasi.
Kategori maklumat yang kami kumpulkan dan simpan
Bergantung pada keadaan tertentu, kami boleh mengumpul dan menyimpan pelbagai maklumat yang berbeza (berdasarkan keperluan tempatan) tentang anda untuk tujuan yang didterangkan dalam pernyataan privasi ini. Sekiranya anda telah memohon satu jawatan dengan kami, kategori maklumat peribadi boleh termasuk (tetapi tidak terhad kepada) butiran seperti nama anda, tarikh lahir/umur, butiran hubungan, alamat/lokasi, gelaran, jantina, dokumen pengenalan, resume, sejarah pekerjaan, kelayakan pendidikan, status kediaman/kewarganegaraan, butiran permit kerja/visa, lesen profesional, butiran perujuk, butiran perkhidmatan tentera dan veteran, keputusan ujian psikometrik, semakan keselamatan/latar belakang, temu duga video, semakan identiti dan polis.
Maklumat Peribadi Sensitif
Kami juga boleh mengumpul maklumat peribadi tentang anda yang boleh dianggap sensitif atau dilindungi di bawah undang-undang yang terpakai (maklumat tersebut mungkin termasuk, gelaran, jantina, etnik, rekod jenayah, kesihatan fizikal dan mental, nombor rujukan identiti, dan maklumat sensitif terlindung lain) ("
Maklumat Peribadi Sensitif").
Bagaimana kami memproses maklumat anda
Kami boleh mengumpul dan merekodkan maklumat peribadi anda daripada pelbagai sumber, tetapi terutamanya secara terus daripada anda (seperti daripada borang permohonan anda, temu duga, video, maklumat lisan melalui telefon, surat-menyurat bertulis, SMS dan e-mel yang mungkin anda kirim).
Kami juga boleh mendapat beberapa maklumat daripada sumber umum yang tersedia (misalnya, LinkedIn dan facebook) serta daripada pihak ketiga, misalnya, rujukan daripada majikan sebelumnya, laporan perubatan dan hasil ujian daripada para profesional luaran atau di mana kami melantik pihak ketiga untuk menjalankan semakan latar belakang termasuk semakan polis dan identiti (di mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai), penganjur persidangan dan agensi pengambilan pekerja. Anda mungkin kadang kala memberikan maklumat peribadi tentang individu lain kepada kami (misalnya maklumat hubungan perujuk anda). Sekiranya demikian, anda mesti terlebih dahulu:
- mendapat persetujuan daripada individu tersebut untuk kami mengumpul maklumat tersebut (jika diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai);
- memaklumkan kepada individu tersebut bahawa anda memberikan maklumat tersebut kepada kami dan tujuan anda memberikan maklumat tersebut (jika diperlukan berdasarkan undang-undang yang terpakai); dan
- memaklumkan mereka tentang perkara-perkara dalam Pernyataan Privasi Perekrutan ini
Anda juga membenarkan mereka memberikan maklumat tentang anda kepada kami.
Bagaimana kami menyimpan maklumat anda
Kami boleh menyimpan maklumat peribadi anda dalam bentuk salinan cetak atau format elektronik, di lokasi di dalam dan di luar negara tempat anda [1], di kemudahan penyimpanan yang kami miliki dan kendalikan sendiri, atau yang dimiliki dan dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan kami. Telstra akan memastikan bahawa apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang privasi yang terpakai berhubung dengan pemerolehan, penyimpanan, penggunaan dan pemindahan maklumat peribadi oleh Telstra kepada mana-mana penerima (termasuk penerima di luar negeri) dipatuhi. Walaupun kami telah menetapkan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk mengekalkan keselamatan maklumat anda dan melindunginya daripada akses, penggunaan dan pendedahan yang tidak dibenarkan, anda bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan data dan anda tidak harus berkongsi nama pengguna atau kata laluan anda dengan sesiapa sahaja.
Apakah tujuan dan dasar yang sah untuk data diproses?
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, menyimpan, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi tersebut untuk tujuan maklumat peribadi itu diterima atau dikumpulkan atau selainnya yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
Kami boleh mengguna dan memproses maklumat anda untuk tujuan perekrutan dan pelantikan (misalnya, peluang pekerjaan, termasuk pemberitahuan SMS serta sembang SMS dan mengirim anda surat-menyurat pemasaran pekerjaan tentang seminar kerjaya dll).
Anda boleh memilih untuk tidak menerima surat-menyurat pemasaran pekerjaan daripada kami pada bila-bila masa, dengan mengikuti arahan "pilih keluar" yang terkandung dalam surat-menyurat atau dengan menulis kepada kami pada butiran hubungan di bawah di bahagian 'Cara mengakses atau membetulkan maklumat anda atau membuat aduan privasi '.
Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda dan maklumat lain, menghubungi perujuk dan menjalankan pemeriksaan latar belakang polis dan lain-lain. Sekiranya berkenaan, maklumat anda juga boleh digunakan untuk memadankan maklumat dengan penerbit dokumen identiti atau pemegang rekod dalam bidang kuasa anda oleh penyedia pihak ketiga kami.
Jika anda ialah penduduk Kesatuan Eropah (EU) atau United Kingdom (UK), sila juga baca halaman 4 untuk memahami asas-asas sah di mana kami memproses maklumat peribadi anda: Apakah tujuan dan dasar yang sah untuk data diproses?
Pengekalan maklumat anda
Kami berusaha untuk memastikan bahawa maklumat peribadi adalah terkini mungkin dan data yang tidak relevan atau berlebihan dipadamkan atau dianonimkan segera yang boleh dilaksana secara munasabah. Walau bagaimanapun, beberapa maklumat peribadi boleh disimpan untuk jangka masa yang berlainan untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan pengawalseliaan dan untuk alasan perniagaan sah yang lain.
Kami secara amnya akan menyimpan maklumat peribadi anda hanya selagi ia diperlukan untuk tujuan yang dikumpulkan. Sekiranya anda berjaya dalam peranan tersebut, kami akan menyimpan maklumat anda sebagai sebahagian daripada rekod pekerjaan anda.
Jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi tertentu (termasuk apa-apa maklumat wajib), kami mungkin tidak dapat meneruskan permohonan pekerjaan anda, atau mengirim kepada anda surat-menyurat dan maklumat lain tentang pekerjaan atau pelantikan anda di Telstra.
Bila kami mendedahkan maklumat anda
Dalam beberapa kes, Telstra mungkin mendedahkan maklumat anda kepada badan korporat, agensi perekrutan dan pihak ketiga kami yang berkaitan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Kategori maklumat peribadi yang kami kongsi dengan pihak ketiga ini dinyatakan di atas. Pihak-pihak ini mungkin terlibat dalam mengatur dan menjalankan inisiatif pemasaran, proses perekrutan/pelantikan dan/atau membantu kami dengan tujuan di mana kami boleh mengguna maklumat anda. Penerima ini boleh berada di pelbagai negara [1].
Kami boleh memindahkan maklumat antara entiti berkaitan Telstra untuk mengurus potensi perekrutan anda, mengikut lokasi bakal pengurus pengambilan pekerja dan kakitangan pemerolehan bakat.
Telstra akan mematuhi apa-apa sekatan atau kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang privasi yang terpakai berhubung dengan pendedahan maklumat peribadi. Telstra tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
Persetujuan anda untuk memberi maklumat yang tepat
Anda bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi anda, yang dalam semua hal adalah benar, tepat dan terkini dan tidak, dalam hal apa pun mengelirukan, menipu atau tidak tepat atau kemungkinan mengelirukan atau menipu.
Bagaimana mengakses atau membetulkan maklumat anda atau membuat aduan privasi
Jika anda ingin mengakses atau mendapatkan apa-apa salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan, ada permintaan lain (seperti membuat kemas kini atau pembetulan maklumat peribadi anda, atau memadamkan atau menghentikan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan maklumat peribadi anda) atau jika anda menyedari pendedahan data yang tidak dibenarkan, sila e-mel kepada kami di
externalsupport@telstrahr.zendesk.com atau hubungi Ketua Pegawai Privasi/Pegawai Perlindungan Data dengan menghantar e-mel kepada kami di
privacy@online.telstra.com.au supaya kami dapat mempertimbangkan dan memberi maklum balas kepada permintaan anda.
Harap maklum bahawa mungkin terdapat beberapa keadaan (misalnya, pengecualian di bawah undang-undang privasi) di mana Telstra mungkin tidak selalu menunaikan permintaan anda (individu tidak akan didiskriminasikan kerana menggunakan hak privasi mereka).
Anda juga boleh menggunakan butiran hubungan ini untuk memberitahu kami tentang apa-apa aduan privasi yang anda ada terhadap kami, termasuk jika anda mengganggap bahawa kami gagal mematuhi undang-undang privasi yang terpakai.
Kami komited untuk mengakui aduan anda dengan segera dan akan memberi anda anggaran jangka waktu untuk kami memberi maklum balas kepada aduan anda. Walaupun kami berharap kami dapat menyelesaikan apa-apa aduan yang anda ada tanpa perlu melibatkan pihak ketiga, anda juga boleh membuat aduan kepada pengawal selia yang berkenaan di bidang kuasa setempat anda.
Tentang pernyataan ini
Pernyataan ini dikeluarkan oleh Telstra Corporation Limited. Dari semasa ke semasa kami mungkin perlu mengubah pernyataan ini. Jika kami berbuat demikian, kami akan menyiarkan versi terkini di
https://careers.telstra.com/ (klik tab Privasi) dan ini akan diguna pakai untuk semua maklumat peribadi anda yang kami simpan pada masa itu. Pernyataan Privasi Perekrutan Kumpulan Telstra ini terakhir dikemas kini pada 31 Mei 2021
Jika diperlukan, anda boleh mendapatkan salinan cetak dengan menghubungi kami di
externalsupport@telstra.zendesk.com
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara bahasa Inggeris dan versi bahasa lain untuk dasar ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
Untuk maklumat tentang pengiklanan digital tersuai dan pilihan privasi anda ketika mengunjungi laman web kami, sila lihat:
https://www.telstra.com.au/consumer-advice/your-information/advertising
[1] Termasuk Australia, Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara dalam Kesatuan Eropah (termasuk tetapi tidak terhad kepada Perancis, Jerman, Ireland, Sweden, Switzerland), United Kingdom, UAE (Dubai), Oman, China (termasuk Hong Kong)), Taiwan, Afrika Selatan, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Filipina, Rusia, Indonesia, India, dan New Zealand
Untuk pemindahan di luar Kawasan Ekonomi Eropah atau United Kingdom, atau negara-negara yang dianggap mempunyai undang-undang yang cukup ketat oleh salah satu bidang kuasa ini, kami memasuki
klausa kontrak standard
APPLICABLE TO EU AND UK RESIDENTS ONLY
What is the purpose and lawful basis for which data are processed?
Where applicable data protection laws require us to process your personal information on the basis of a specific lawful justification, we generally process your personal information under one of the following bases:
- the processing is necessary for the legitimate interests pursued by Telstra (being those purposes described in the section above), except where such interests are overridden by your interests or fundamental rights and freedoms which require protection of personal information;
- the processing is necessary for compliance with a legal obligation to which Telstra is subject; or
- the processing is necessary for the performance of a contract to which you are a party or in order to take steps at your request prior to entering into such a contract.
We may on occasion process your personal information for the purpose of the legitimate interests pursued by a third party, except where such interests are overridden by your interests or fundamental rights and freedoms which require protection of personal information.
We have identified the following purposes for processing personal information. These purposes each relate to a lawful basis for processing, as required under applicable law. These purposes include:
No. |
Purpose for processing |
Lawful basis |
-
|
Recruitment and selection
|
This processing is necessary to take steps at the applicant's request to enter a contract of employment or engagement
This processing is also necessary for the purpose of the legitimate interests pursued by Telstra. Telstra considers that it has a legitimate interest in fully assessing applications for employment or engagement to ensure that only suitable and appropriate candidates are both assessed and selected. |
-
|
Appropriate vetting for recruitment and team allocation including, where relevant and appropriate credit checks, right to work verification, identity fraud checks, criminal record checks (if and to the extent permitted by applicable laws), relevant employment history, relevant regulatory status and professional qualifications; |
This processing is necessary for the compliance with legal obligations to which Telstra is subject.
This processing is also necessary for the purpose of the legitimate interests pursued by Telstra. Telstra considers that it has a legitimate interest in managing its business operations in the most effective way and wishes to maintain its world class reputation and continue to attract high calibre employees and contractors. |
Hubungan
Hubungan dalaman:
- sila rujuk ‘Cara mengakses atau membetulkan maklumat anda atau membuat aduan privasi’ di atas
Hubungan luar: